SPN.TR.1/2025
Jumlah Jawatan: 21
Tarikh Iklan : 03/08/2025
Tarikh Tutup : 16/08/2025
SPN.TR.PG.(S)001/002 JLD.9
4PN01
PEGAWAI TADBIR N9
PENGURUSAN & PROFESIONAL
PELBAGAI JABATAN KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
Bertanggung jawab menguruskan perolehan peralatan pejabat agensi-agensi kerajaan, memberi khidmat pakar runding terhadap sistem kerja serta pengurusan kakitangan, membantu urusan pindah milik, gadaian, melepaskan gadaian dan pajakan serta bertanggungjawab ke atas pembahagian pusaka.
Maklumat LanjutSPN.TR.PG.(S)001/004 JLD.4
4PS12
PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S9
PENGURUSAN & PROFESIONAL
JABATAN HAL EHWAL AGAMA TERENGGANU
Mengetuai satu unit kecil/pasukan kerja sama ada dalam pengurusan dakwah/latihan/penyelidikan/penguatkuasaan undang-undang/pengurusan dan pengimarahan masjid/pengurusan Baitulmal/pengurusan halal.
Maklumat LanjutSPN.TR.PG.(S) 002/004 Jld.4
4DJ01
PENOLONG JURUTERA (KEJURUTERAAN AWAM) JA5
PELAKSANA (SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU)
PELBAGAI JABATAN KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
Bertanggungjawab mengendalikan pelaksanaan projek bagi skop kerja kejuruteraan antaranya kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrik iaitu mengumpul maklumat untuk penyediaan reka bentuk, menyedia dan menyemak lukisan kejuruteraan, merekod inventori, mengawas tapak projek, menyelia pelaksanaan kerja pengawasan pembinaan di tapak projek, menyediakan laporan kemajuan projek, membantu kerja-kerja perundingan dan penyediaan sebut harga dan tender, menjalankan kerja penyenggaraan bangunan dan workshop, melaksanakan kerja-kerja kawalan, pengujian, penyenggaraan berkala peralatan elektrik, merancang dan menyusun aktiviti bagi mengawal selia sistem pengairan dan saliran serta menjalankan tugas-tugas yang berkaitan.
Maklumat LanjutSPN.TR.PG.(S)002/020
4DJ02
PENOLONG PEGAWAI SENI BINA JA5
PELAKSANA (SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU)
PELBAGAI JABATAN KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
Bertanggungjawab mengendalikan pelaksanaan bagi skop kerja seni bina termasuk melaksanakan penyediaan lukisan teknikal dan spesifikasi, menyemak lukisan perunding, merekod dan menyelenggara lukisan, menyediakan study model, menyediakan reka bentuk, menyedia lakaran reka bentuk, menyediakan lukisan kerja, lukisan perunding, memantau maklum balas penilaian teknikal, melaksanakan audit kualiti (reka bentuk)/audit seni bina pembinaan dan menyediakan laporan serta lain-lain tugas yang berkaitan tugas-tugas berkaitan aspek reka bentuk dan seni bina. Bertanggungjawab ke atas Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Pendirian Bangunan, Permohonan Pelan Susun Atur, Permohonan Kelulusan Landskap, Permohonan Pemasangan Papan Tanda Bangunan Komersial dan Bangunan Pejabat Kerajaan. Menyelaras pengeluaran surat sokongan Perakuan Kelayakan Menduduki Bangunan (CF), Permohonan Ubahsuai Bangunan, reka bentuk ruang pameran dan bahan-bahan pameran, ulasan cadangan pencahayaan bangunan dan ulasan cadangan reka bentuk dalaman bagi bangunan-bangunan di bawah penyeliaan jabatan serta lain-lain tugas yang berkaitan.
Maklumat LanjutSPN.TR.PG.(S)002/015 JLD.2
4LF01
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA5
PELAKSANA
PELBAGAI JABATAN KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
Bertanggungjawab dalam membangun program baru untuk sesuatu sistem gunaan komputer, mengembangkan sistem komputer yang sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa, menyelenggara sistem dan memberi latihan serta bantuan teknikal kepada pihak pengguna.
Maklumat LanjutSPN.TR.PG.(S)002/002 JLD.2
4DG01
PENOLONG PEGAWAI VETERINAR G5
PELAKSANA (SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU)
JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI TERENGGANU
Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan haiwan, kesihatan haiwan, kesuburan haiwan dan penguatkuasaan undang-undang veterinar di peringkat Kumpulan Sokongan, melaksanakan kerja-kerja di Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu (PPIT), pemeriksaan di pusat kuarantin haiwan, ante-mortem dan post-mortem di abattoir dan loji pemprosesan, memberi khidmat nasihat ternakan, pengumpulan data haiwan dan penyediaan laporan serta lain-lain tugas yang berkaitan yang ditentukan dari semasa ke semasa.
Maklumat LanjutSPN.TR.PG.(S)002/003/JLD.4
4LG01
PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN G5
PELAKSANA
JABATAN PERTANIAN NEGERI TERENGGANU
Bertanggungjawab menjalankan tugas pengembangan termasuk kerja-kerja merancang, melaksana, menilai dan mengesan program-program pembangunan melalui pelaksanaan Projek Perladangan Berkelompok. Selain itu, bertanggungjawab membantu merancang aktiviti-aktiviti penerangan berhubung dengan polisi projek, menghadiri ceramah, dialog/kursus latihan, memberi taklimat dan menerbitkan risalah dan bahan terbitan berhubung dengan projek pertanian.
Maklumat LanjutSPN.TR.PG.(S)002/018/JLD.2
4DG02
PENOLONG PEMELIHARA HUTAN G5
PELAKSANA (SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU)
JABATAN PERHUTANAN NEGERI TERENGGANU
Bertanggungjawab membantu Pegawai Hutan Daerah/ Negeri dalam melaksanakan tugasan berkaitan aktiviti-aktiviti perhutanan berdasarkan prinsip-prinsip pengurusan hutan secara sistematik sejajar dengan peraturan dan dasar kerajaan.
Maklumat LanjutSPN.TR.PG.(S)002/006/Jld.5
4LN02
PENOLONG PEGAWAI TADBIR N5
PELAKSANA
PELBAGAI JABATAN KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan konsuler dan penguatkuasaan undang-undang.
Maklumat LanjutSPN.TR.PG.(S)002/006 JLD.3
4LN01
PENOLONG PEGAWAI TANAH NT5
PELAKSANA
PEJABAT TANAH NEGERI TERENGGANU
Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan tanah di peringkat Kumpulan Pelaksana berhubung urusan pentadbiran tanah yang meliputi aspek-aspek pendaftaran tanah, pelupusan tanah, hasil tanah, pembangunan tanah (pengambilan balik tanah, pesaka kecil, ukur tanah, penguatkuasaan tanah dan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan tanah yang ditentukan dari semasa ke semasa).
Maklumat LanjutSPN.TR.PG.(S)002/009/Jld.3
4LS07
PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S5
PELAKSANA
JABATAN HAL EHWAL AGAMA TERENGGANU
Bertanggungjawab kepada Mufti dalam menjalankan penyelidikan atas perkara, masalah atau isu berkaitan dengan aqidah yang ditimbulkan oleh kerajaan, pertubuhan, orang awam dan juga sebagai urus setia kepada jawatankusa kecil yang ditubuhkan dari semasa ke semasa.
Maklumat LanjutSPN.TR.PG.(S)002/011
4LW03
PENOLONG JURUAUDIT W5
PELAKSANA
UNIT AUDIT DALAM, PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU
Bertanggungjawab menjalankan pengauditan secara profesional, mengesahkan penyata kewangan, mengeluarkan sijil audit dan laporan berkaitannya, menyediakan laporan audit yang berkualiti, timely dan seimbang, menguruskan aktiviti pengauditan dengan cekap dan berkesan serta memberi khidmat nasihat, memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.
Maklumat LanjutSPN.TR.PG.(S) 003/008 JILID.3
4DJ01
PELUKIS PELAN (KEJURUTERAAN AWAM) JA1
PELAKSANA (SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU)
PELBAGAI JABATAN KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
Bertanggungjawab melaksanakan penyediaan lukisan teknikal dan spesifikasi, menyemak lukisan perunding, merekod dan menyelenggara lukisan, menyediakan lukisan kerja, lukisan perunding dan menyediakan laporan serta lain-lain tugas yang berkaitan.
Maklumat LanjutSPN.TR.PG.(S)003/028
4LJ08
PENJAGA JENTERA ELEKTRIK J1
PELAKSANA
PELBAGAI JABATAN KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas penyenggaraan dan operasi ke atas sistem pepasangan elektrik dengan memastikan tatacara/prosedur keselamatan adalah sentiasa dipatuhi bagi memenuhi keperluan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.
Maklumat LanjutSPNT.TR.PG.(S) 003/032 Jld.3
4LG08
PENGAWAS HUTAN G1
PELAKSANA
JABATAN PERHUTANAN NEGERI TERENGGANU
Bertanggungjawab membantu Renjer Hutan/Penolong Pemelihara Hutan dalam melaksanakan dan memantau kawasan rizab hutan bagi hutan simpanan kekal dan hutan tanah kerajaan, aktiviti-aktiviti pembangunan hutan, pengusahasilan hutan, pembangunan industri berasaskan kayu, pengeluaran hasil hutan, pengurusan hutan lipur dan tapak semaian hutan, membantu pengumpulan maklumat-maklumat perhutanan dan penguatkuasaan undang-undang perhutanan yang berkaitan.
Maklumat LanjutSPN.TR.PG.(S) 003/001/SK.3
4LN04
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N1
PELAKSANA
PELBAGAI JABATAN KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).
Maklumat LanjutSPN.TR.PG.(S)003/027 Jld.2
4LS17
PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM S1
PELAKSANA
JABATAN HAL EHWAL AGAMA TERENGGANU
Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan dakwah, pengurusan masjid, akidah, halal, undang-undang Syariah, Baitulmal dan penguatkuasaan.
Maklumat LanjutSPN.TR.PG.(S) 003/017/JLD.2
4LS19
PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT S1
PELAKSANA
JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI TERENGGANU
Bertanggungjawab membantu merancang, menyelaras dan melaksanakan program-program pembangunan masyarakat Orang Asli dari segi pendidikan, latihan, minda, prasarana, kesihatan, kebajikan dan sosioekonomi masyarakat Orang Asli di peringkat negeri dan daerah. Bertanggungjawab membantu menyediakan khidmat sokongan operasi bahagian, menyelaras kursus-kursus, menyemak dan menguruskan tuntutan bayaran, merekod data peserta, penceramah dan fasilitator, menyediakan dokumentasi menerusi media cetak dan elektronik.
Maklumat LanjutSPN.TR.PG.(S)003/032
4LH01
PEMBANTU KEMAHIRAN H1
PELAKSANA
PELBAGAI JABATAN KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
Bertanggungjawab dalam tugas-tugas sokongan teknikal di bangunan kerajaan iaitu memasang, membaik pulih, menyenggara, mengawasi serta menguji kenderaan/jentera/peralatan awam dan mekanikal, pepasangan elektrik, sistem elektrik, sistem perpaipan dan kumbahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan selamat.
Maklumat Lanjut4LH02
PEMBANTU KHIDMAT AM H1
PELAKSANA
PELBAGAI JABATAN KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
- Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja. - Menjalankan tugas penyelamat (lifeguard) di kawasan kolam renang. - Menjalankan tugas pemanduan enjin sangkut/motobot. - Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan.
Maklumat LanjutSPN.TR.PG.(S) 004/017 Jld.5
4LH02
PEMBANTU KHIDMAT AM (PEMANDUAN) H1
PELAKSANA
PELBAGAI JABATAN KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
- Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja. - Menjalankan tugas penyelamat (lifeguard) di kawasan kolam renang. - Menjalankan tugas pemanduan enjin sangkut/motobot. - Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan.
Maklumat LanjutStatistik dari 2018 - 2024
TERENGGANU
92,674
Pemohon Berdaftar
466,628
Permohonan Jawatan
1,688
Permohonan Ditawarkan
Hubungi Kami
Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu


Kerjaya Anda Di Terengganu
Bermula Di Sini